Friday, November 18, 2011

Wasiat Imam Hasan Al-Banna




Wasiat Imam Hasan Al-Banna


1) Bangunlah segera untuk melakukan solat apabila mendengar azan walaubagaimnapun keadaannya.

2) Baca, telaah dan dengarkan al-Quran atau zikirlah kepada Allah dan janganlah engkau mensia-siakan waktumu dalam perkara yang tidak ada manfaatnya.

3) Bersungguh-sungguhlah untuk bercakap dalam bahasa Arab dengan fasih.

4) Jangan banyak berdebat dalam pelbagai aspek pembicaraan sebab hal ini tidak akan mendatangkan kebaikan.

5) Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah(zikir) adalah tenang dan tenteram.

6) Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad tidak berbuat demikian kecuali dengan bersungguh-sungguh secara terus-menerus.

7) Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal ini akan mengganggu dan menyakiti.

8) Jauhilah dari membicarakan keaiban orang lain atau melukai hatinya dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik.

9) Berta'aruflah dengan saudaramu yang kamu temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta'awun(kerjasama).

10) Perkerjaan rumah kita sebenarnya lebih banyak daripada waktu yang ada, maka manfaatkanlah waktu dan apabila kamu mempunyai sesuatu keperluan maka percepatkanlah untuk diselesaikan.

Allahua'alam Bisawab....

Thursday, November 17, 2011

Antara 2 Lolipop


        Pada suatu hari seorang pendakwah yang sedang berjalan kaki ketika baru pulang dari berceramah ternampak seorang wanita muda yang tidak menutup aurat di tepi sebuah taman. Pendakwah itu berfikir seketika dan lantas pergi ke arah wanita itu.

Pendakwah: saya ada dua lilipop.Satu masih berbungkus lagi satu saya dah buka plastik bungkusannya.....

Wanita yang tidak menutup aurat: Hurmm awak nak bagi saya ke lolipop ni....?

Pendakwah: Yup saya nak bagi awak lolipop ni..(tiba2 pendakwah buat2 terjatuh lolipop tu ke tanah) maafkan saya ia terjatuh....

Pendakwah mengambil lolipop itu...

Pendakwah: Jadi, awak nak yang mana satu...

Wanita yang tidak menutup aurat: Mesti la saya nak yang masih berbungkus itu...takkan saya nak ambil yang dah kotor tu.

Pendakwah:(tersenyum).

Wanita yang tidak menutup aurat :Awak mempermainkan saya ye!!

Pendakwah: Eh tidak........saya cuma berasa hairan dengan manusia di dunia ini....Dia tahu memilih yang mana benda yang baik patut dia pilih untuk digunakan tetapi dia gagal memilih benda yang baik yang patut diamalkan untuk mendapat keredhaan Allah.....

Wanita yang tidak menutup aurat: Maksud awak?

Pendakwah: Macam tu juga lah perbezaan antara wanita yang menjaga aurat dan kehormatan diri dengan wanita yang tidak menjaga aurat dan kehormatan diri. Lolipop itu mewakili dua wanita ini...Jika  wanita itu menjaga aurat dan kehormatan diri keadaan dia samalah seperti lolipop yang masih berbungkus rapi itu. Yang mana dia akan sukar untuk dipengaruhi ataupun terjerumus dengan kemungkaran dipersekitarannya. Lain pula ceritanya dengan wanita yang tidak menutup aurat dan tidak menjaga kehormatan diri samalah keadaan seperti lolipop yang sudah tidak berbungkus. Yang mana dia mudah dikotori atau dengan kata lain mudah terjerumus dan terpengaruh dengan kemungkaran dipersekitarannya itu.

Wanita yang tidak menutup aurat: wanita itu termenung jauh dan air matanya tanpa diduga mengalir...(lantas dia meninggalkan pendakwah itu)  


Moral: Menutup aurat itu wajib bagi setiap muslimim dan muslimat.Tapi dalam konteks cerita di atas lebih mengkhususkan kepada muslimat. Jaga lah aurat dan kehormatan diri wahai kaum muslimat kerana ia adalah benteng pertahanan anda dari kemaksiatan.

"Wanita hiasan dunia,Sebaik hiasan adalah wanita solehah"

Allahualam bisawab......

Thursday, October 20, 2011

10 Golongan Wanita Yang Haram Masuk Syurga

Gambar sekadar hiasan(tidak kena mengena dengan tajuk)
     

     Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh......Kali ini mari kita renungkan 10 golongan wanita yang haram masuk syurga.

1) Wanita yang mewarnakan tangan dan tukang pewarna.(wanita yang mengubah kejadian Allah)
2) Wanita yang mencabut bulu kening
3) Wanita yang mengubah bentuk gigi untuk bermegah
4) Wanita yang menyambung rambut untuk bermegah
5) Wanita yang memarahi suami
6) Wanita yang menyerupai lelaki
7) Wanita yang menziarahi kubur dengan tanpa memenuhi adab agama
8) Wanita yang mengumpat dan pendengar umpatan
9) Istilah cina buta dalam pernikahan Islam, wanita yang terlibat dalam melakukan cina buta
10) Wanita yang berpakaian ketat seperti bebogel(wanita yang sengaja berlenggang-lenggok semasa berjalan      dengan tujuan menarik perhatian lelaki)


   Semaklah semula diri kita dan jika ada masih tidak lambat untuk bertaubat kepada Allah(Ya Ghafur-Yang Maha Pengampun).Semoga kita mampu menjalankan dakwah terhadap diri kita dan kepada orang lain dengan teguran berhikmah InsyaAllah.

Sekian terima kasih dengan meminjamkan sedikit waktu membaca artikel kali ini...


Allahuaa'lam Bisawab





sumber dari:http://peribadirasulullah.wordpress.com

Wednesday, October 19, 2011

12 Golongan Manusia Di Padang Mahsyar



Gambar sekadar Hiasan






   Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.Para sahabat yang dirahmati Allah sekalian
kali ini mari kita tengok 12 golongan yang terdapat di Padang Mahsyar seperti yang diceritakan oleh Rasulullah Salallahu A'laihi Wasallam(S.AW.) dengan keadaan sambil menitiskan air mata.
Mari kita semak golongan tersebut:

1.Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.
2. Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.
3. Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.
4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darahkerana ketika berniaga , mereka suka menipu.
5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.
6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.
7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.
8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.
9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.
11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.
12. Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.

Astaghfirullahalazim.....
Semoga kita di masukkan ke dalam golongan yang ke dua belas...Amin....
inysaAllahutaa'la Minal A'minin semoga dengan artikel kali ini dapatlah kita menambah takwa kita kepadaNya.
Terima kasih meminjamkan sedikit masa untuk membaca artikel ana ini.....
Sekian....

Allahuaa'lam Bisawab......

Thursday, August 25, 2011

Kuasa Allah,Satu Gereja Masuk Islam





Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh...Saya ada cerita menarik nak kongsi dengan sahabat pembaca sekalian...


Kisah Nyata Seorang Pemuda Arab Yang Menimba Ilmu Di Amerika Rabu, 22Februari 2006 silam.
Ada seorang pemuda arab yang baru saja tamat pengajian di
Amerika.Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya.

Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika , ia
berkenalan dengan salah seorang Nasrani.Hubungan mereka semakin
akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk
Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan
di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di
kampung tersebut.Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam
gereja. Semula ia berkeberatan,namun karena ia terus mendesak
akhirnya pemuda itupun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke
dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening,
sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan
penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu si pendeta agak
terkejut ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah
kita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini."
Pemuda arab itu tidak berganjak dari tempatnya. Pendeta tersebut
mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak
berganjak dari tempatnya.
Hingga akhirnya pendeta itu berkata,
"Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin
keselamatannya. "Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di muka pintu
ia bertanya kepada sang pendeta,
"Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim."
Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."Kemudian
ia beranjak hendak keluar,namun sang pendeta ingin memanfaatkan
keberadaan pemuda ini, yaitu dengan mengajukan beberapa pertanyaan,
tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan
markasnya.
Pemuda muslim itupun menerima cabaran debat tersebut.

Sang pendeta berkata,
"Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus
menjawabnya dengan tepat."
Si pemuda tersenyum dan berkata,
"Silakan!

Sang pendeta pun mulai bertanya,
# 1.. Sebutkan satu yang tiada duanya,

# 2.. dua yang tiada tiganya,

# 3.. tiga yang tiada empatnya,

# 4.. empat yang tiada limanya,

# 5.. lima yang tiada enamnya,

# 6.. enam yang tiada tujuhnya,

# 7.. tujuh yang tiada delapannya,

# 8.. lapan yang tiada sembilannya,

# 9.. sembilan yang tiada sepuluhnya,

# 10.. sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,

# 11.. sebelas yang tiada dua belasnya,

# 12.. dua belas yang tiada tiga belasnya,

# 13.. tiga belas yang tiada empat belasnya.

# 14.. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!

# 15.. Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

# 16.. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?

# 17.. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyu-
kainya?

# 18.. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan
ibu!

# 19.. Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan
api dan siapakah yang terpelihara dari api?

# 20.. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yg diadzab dengan
batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?

# 21.. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!

# 22.. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting
mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan
dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut pemuda itu tersenyum dengan
senyuman yang mengandungi keyakinan kepada Allah. Setelah membaca bismilllah
ia berkata,
# 1.. Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.

#2.. Dua yang tiada tiganya ialah malam dan siang. Allah SWT
berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda
(kebesaran kami)." (Al-Isra':12).

# 3.. Tiga yang tiada empatnya adalah kekhilafan yang dilakukan Nabi
Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil
dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

# 4.. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-
Qur'an.

# 5.. Lima yang tiada enamnya ialah shalat lima waktu.

# 6.. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ke-tika Allah SWT
menciptakan makhluk.

# 7..Tujuh yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah
SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.
Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah
sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk:3).

# 8.. Llapan yang tiada sembilannya ialah malaikat pemikul Arsy ar-
Rahman. Allah SWT berfirman,"Dan malaikat-malaikat berada dipenjuru-
penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat
menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

# 9.. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan
kepada Nabi Musa : tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim
kekurangan bahan makan, katak, darah, kutu dan belalang

# 10.. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah SW
berfirman, "Barangsiapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh
kali lipat." (Al-An'am: 160).

# 11.. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara
Yusuf.

# 12.. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah mu'jizat Nabi Musa
yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon
air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan
tongkatmu.' Lalu memancarlah dari padanya dua belas mata air." (Al-
Baqarah: 60).

# 13.. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

# 14.. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah
waktu Shubuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya
mulai menyingsing. " (At-Takwir:18).

# 15.. Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus
AS.

# 16.. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-
saudara Yusuf,yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya,"Wahai ayah
kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan
Yusuf di dekat barang-barang kami,lalu dia dimakan serigala." Setelah
kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka," tak ada cercaaan
terhadap kalian." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan
memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang."

# 17.. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah
suara keledai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara
adalah suara keledai." (Luqman: 19).

# 18.. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapak dan ibu adalah Nabi
Adam, malaikat, unta Nabi Shalih dan kambing Nabi Ibrahim.

# 19.. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab
dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi
Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan
Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

# 20.. Makhluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Shalih, yang
diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari
batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).

# 21.. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah
tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT, "Sesungguhnya tipu
daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf : 28)

# 22.. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai
30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran
matahari maknanya: Pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daun
adalah hari dan buahnya adalah shalat yang lima waktu, tiga
dikerjakan di malam hari dan dua di siang hari.

Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawaban pemuda
muslim tersebut.Kemudian ia meminta diri dan beranjak hendak pergi. Namun ia
mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu
pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh sang pendeta.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"
mendengar pertanyaan itu lidah sang pendeta menjadi kelu, hatinya
diselimuti keraguan dan rona wajahnya pun berubah.
Ia berusaha menyembunyikan kekhawatirannya, namun hasilnya nihil.
Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab
pertanyaan tersebut, namun ia berusaha mengelak.

Mereka berkata,
"Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab
sementara ia hanya memberimu satu pertanyaan namun anda tidak mampu
menjawabnya! "
Pendeta tersebut berkata,
"Sungguh aku mengetahui jawapan dari pertanyaan tersebut, namun aku
takut kalian marah. " Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan
anda."
Sang pendeta pun berkata, "
Jawabannya ialah: Asyhadu an La Ilaha Illallah wa'asyhaduanna Muhammadar
Rasulullah."


Lantas sang pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu
memeluk agama Islam. ALLAHU AKBAR! Sungguh Allah telah menganugerahkan
kebaikan dan menjaga mereka dengan
Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.


Sekian...

Alahualam bisawab...

Sunday, August 21, 2011

Nak buat apa dengan baki-baki Ramadhan yang tinggal?


Assalamualaikum Warohmatullahi WAbarokatuh...
Alhamdulillah...kawan-kawan nampak nya sedikit demi sedikit Ramadhan akan meninggalkan kita....
Tapi jangan risau sahabat yang dimuliakan Allah sekalian dengan Ramadhan yang masih berbaki beberapa hari sahaja ni kita masih berpeluang mengisinya....Jadi berikut adalah perkara yang boleh kita lakukan untuk mengisi Ramadhan ini...."kalau kita tak dapat buat semua,jangan kita tinggalkan semua":

i)Membaca Al-Quran

ii)Berzikir

iii)Berselawat

iv)Solat sunat

v)Bersedekah (khususnya kpd anak yatim->mereka mesti seronok bila orang bagi hadiah waktu2 nk raya ni)

vi)Dan banyak lagi....


Kalau kita dapat buat perkara di atas pun kita sudah untung kerana dalam bulan Ramadhan ni Allah akan melipat gandakan pahala amalan kita insyaAllah...

Jadi isilah baki-baki Ramadhan ini dengan sebaiknya....

Sekian....

Allahualam bisawab....

Perginya Ramadhan-Ditangisi atau Diraikan


Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh...
Alhamdulillah dapat lagi kita berjumpa dalam posting kali ini...
Sedar tak sedar 21 hari telah kita berpuasa dan makin hampir Ramadhan meninggalkn kita...
Ada yang gembira kerana Syawal akan menjelma(tak payah puasa) tapi tak kurang juga dengan yang merasakan sedihnya dengan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita.....Kerana mereka berfikir belum tentu kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang...

Malang nya hari ini orang tak sabar-sabar nak raya......
Ok kawan-kawan first thing come first....
Raya tu kejap je kita akan rasa seronok lepas seminggu raya dah tak rasa apa-apa dah...
Tapi puasa ni rahmatnya Ramadhan ni kita kene nikmati....
Cuba kita ingat semula bagaimana para sahabat pada zaman Rasulullah,mereka menangis dengan kepemergian Ramadhan....dan ada yang meminta Ramadhan ini dipanjangkan....
Sebab apa ea??
Sebab mereka tahu bagaimana untungnya beramal di bulan Ramadhan...
Di mana pahala dilipat ganda....
Tapi malangnya hari ini,walaupun kita tahu banyak pahala yang boleh kita dapat,mereka buat tak tahu sahaja...Rugi lah sesiapa yang mensia-siakan Ramadhan....

Saya yakin dengan berbaki beberapa hari sahaja untuk Ramadhan...
Kita masih boleh manfaatkannya dengan sebaiknya...
Jom lah kawan kita sama-sama menghabiskan Ramadhan ini dengan melabur saham yang boleh memanfaatkan kita di akhirat nanti..

Baiklah kawan-kawan nanti bila-bila kita sambung lagi di posting yang lain...

Jom kita berdoa sekejap.....
"Bismillahirahmanirahim....Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....terimalah amalan ibadat kami di dalam Ramadhan ini...Temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang....Amin"

Semoga kita berada dalam golongan yang mendapat petunjuknya.....

Allahualam bisawab....